Home SemasaGlobal Israel punca pesawat Rusia ditembak

Israel punca pesawat Rusia ditembak

by Noor Sheila Amin

MOSCOW, 18 Sep –  Kementerian pertahanan Russia didalam kenyataannya  menyalahkan Israel yang menjadi punca kepada pesawat tenteranya ditembak berhampiran pantai Mediterranean oleh meriam antipesawat Syria.

Oleh itu Israel perlu bertanggungjawab kerana secara tidak langsung menyebabkan pesawat tenteranya ditembak jatuh dan mengancam untuk bertindak balas.

Menurut kementerian pertahanan Rusia, pada masa itu, jet pejuang Israel meningkatkan serangan udara ke atas sasaran Syria dan cuma memberikan amaran kepada Moscow seminit sebelum kejadian dan ia tidak cukup untuk pesawat Russia terbang ke tempat selamat.

Kementerian Pertahanan Russia, dalam kenyataan yang dilaporkan agensi berita negara itu, berkata pesawat peninjau Il-20 ditembak jatuh meriam antipesawat Syria, dalam kejadian yang tidak disengajakan.

Kementerian Pertahanan berkata, 15 maut apabila pesawat Russia ditembak jatuh ketika ia hampir mendarat di pangkalan udara Hmeymim di barat Syria, yang dikawal tentera Russia.

“Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab tentera Israel, 15 askar Russia maut.

“Ini tidak langsung menunjukkan semangat kerjasama Russia-Israel.

“Kami berhak bertindak balas,” agensi berita Interfax memetik jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Igor Konashenkov, sebagai berkata.

Konashenkov menyifatkan tindakan tentera Israel itu sebagai permusuhan dan tindakan provokasi.

Terdahhulu pesawat IL-20 itu terputus hubungan di Syria pada masa tentera Israel dan Perancis melancarkan serangan ke atas sasaran di Syria.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!