Home SemasaGlobal 400 bom kawalan laser dijual kepada Arab Saudi

400 bom kawalan laser dijual kepada Arab Saudi

by Noor Sheila Amin

MADRID, 18 Sep – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mempertahankan keputusan kontroversi untuk meneruskan jualan 400 bom kawalan laser kepada Arab Saudi atas alasan untuk menjaga hubungan baik dengan negara Teluk itu.

Pedro Sanchez ketika diwawancara stesen televisyen La Sexta ,berkata kerajaannya akan menyebabkan imejnya berubah dengan Arab Saudi jika tidak menghantar senjata itu.

“Keadaan agak rumit. Dilema kerajaan ialah risiko hubungan komersial, ekonomi dan politik terputus dengan Arab Saudi dan ini akan memberi impak kepada pihak tertentu dalam negara seperti di Selat Cadiz, termasuk kontrak yang ditandatangani kerajaan terdahulu,” katanya.

Arab Saudi yang juga sekutu rapat, membayar 9.2 juta euro (RM44.30 juta) bagi bom itu mengikut perjanjian yang ditandatangani kerajaan terdahulu pada 2015.

Kerajaan sosialis Sepanyol awal bulan ini mengumumkan bahawa ia akan menyekat penghantaran senjata kerana bimbang akan digunakan bagi mengancam orang awam di Yaman di mana Arab Saudi terbabit dalam konflik.

Bagaimanapun, pada Khamis lalu, Menteri Luar, Josep Borrell mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk meneruskan penghantaran senjata itu, langkah yang menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi manusia.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!