Home SemasaGlobal Taufan Mangkhut serang China

Taufan Mangkhut serang China

by Noor Sheila Amin

Guangdong, 17 Sep –  Taufan Mangkhut mula membadai Guangdong, China, hari ini, wilayah paling ramai penduduk selepas melepasi Hong Kong dan Macau selain mengorbankan 29 penduduk di Filipina.

Dengan kelajuan angin lebih 200 kilometer sejam (kph), Mangkhut adalah yang terkuat melanda rantau itu tahun ini bersamaan dengan puting beliung Kategori 5 di Atlantik.

Mangkhut adalah nama Thai bagi buah manggis. Ia bergerak selaju 100 kilometer di selatan Hong Kong sebelum beralih ke barat ke arah Guangdong dan pusat perjudian Macau.

Media China menggelarnya ‘Raja Taufan’ yang mula melanda bandar Haiyan pada 5 petang waktu tempatan dengan kelajuan angin 160 kph, kata pegawai kaji cuaca.

Pelabuhan, loji minyak dan kawasan industri turut ditutup manakala bekalan kuasa ke beberapa kawasan dikurangkan sebagai langkah keselamatan.

Taufan itu menimbulkan kebimbangan terhadap pengeluaran gula di Guangdong yang meliputi satu persepuluh keluaran negara atau satu juta tan.

Guangdong juga adalah wilayah paling ramai penduduk di China dengan seramai lebih 100 juta orang.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!