GENEVA, 17 Sep – Susulan dua tuduhan rogol dan salah laku seksual terhadap pendakwah terkenal, Tariq Ramadan, pendakwa raya di Geneva membuka siasatan lapor media Switzerland semalam.
Akhbar Tribune de Geneve memetik jurucakap Kementerian Kehakiman, Henri Della Casa, sebagai berkata pihak berkuasa memutuskan untuk membuka siasatan jenayah rasmi mengenai dakwaan Ramadan merogol seorang wanita di hotel di Geneva pada 2008.
“Saya mengesahkan pembukaan siasatan,” akhbar berkenaan memetik Della Casa sebagai berkata, langkah utama yang menunjukkan pihak berkuasa percaya dakwaan itu untuk meneruskan siasatan.
Wanita terbabit memfailkan dakwaannya April lalu.
“Pendakwa raya dan polis Geneva bekerja pantas dan baik,” kata peguam yang mewakili wanita itu, Romain Jordan.
Beliau berkata, keputusan membuka siasatan jenayah itu sebagai kemajuan besar yang menunjukkan tahap serius
Ramadan, cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, belum disoal siasat pendakwa Switzerland.
Pendakwah berusia 56 tahun itu menafikan sebarang salah laku jenayah berkaitan dakwaan berkenaan.
Awal tahun ini, hakim Perancis mengenepikan dakwaan rogol ketiga terhadap Ramadan oleh wanita Islam negara itu yang menuduh pendakwah berkenaan merogolnya sembilan kali antara 2013 dan 2014.