WILMINGTON, 15 Sep – Ratusan penduduk yang terperangkap, selepas hujan lebat dan angin kencang akibat Taufan Florence melanda kawasan pantai timur Amerika Syarikat diselamatkan kakitangan kecemasan.
“Taufan ini mengakibatkan keadaan huru hara dan malapetaka di negeri ini.
“Kami bimbang ia akan memusnah seluruh kawasan di sini,” kata Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper.
Antara kawasan yang terjejas teruk ialah bandar New Bern dan Carolina Utara, apabila air sungai Neuse melimpah lalu membanjiri jalan raya, sekali gus menyebabkan ramai penduduk terperangkap di dalam kediaman masing-masing.
“Kami akan datang meyelamatkan anda. Anda perlu naik ke aras dua atau ke bahagian loteng rumah, tetapi yang pasti, kami akan datang menyelamatkan anda,” kata pihak berkuasa New Bern menerusi Twitter.
Sementara itu, Cooper berkata, setakat ini, tiada kematian dilaporkan, tetapi ‘ratusan’ operasi menyelamat sudah dilancarkan dan masih ramai lagi penduduk yang perlu diselamatkan.