Home Semasa Peguam Muhammad Shafee akan didakwa di bawah AMLA

Peguam Muhammad Shafee akan didakwa di bawah AMLA

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini atas empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram.

Sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ketika dihubungi berkata, Muhammad Shafee, diberkas di sekitar Kuala Lumpur awal pagi ini.

“Beliau dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini akan didakwa di bawah Sesyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) ,” kata sumber berkenaan.

Muhammad Shafee menjadi tumpuan baru-baru ini selepas presiden PKR yang dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Sept berkata seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan afidavit mendakwa kononnya Muhammad Shafee menerima bayaran berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengetuai pendakwaan terhadap Anwar dalam rayuannya bagi hukuman sodomi keduanya pada 2015.

Muhammad Shafee dilantik sebagai ketua pendakwaraya dalam rayuan sodomi Anwar di Makhamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 2013 di mana pasukan pendakwaan berjaya dalam mensabitkan kesalahan ke atas Anwar dan dia dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

Muhammad Shafee menafikan wang itu adalah bayaran untuk menjadi pendakwaraya khas bagi kes rayuan Anwar, sebaliknya berkata bayaran itu adalah bagi perkhidmatan guaman terhadap UMNO dan Barisan Nasional. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!