WASHINGTON, 11 Sept – Amerika Syarikat (AS) semalam mengancam untuk menahan dan menghukum hakim dan pegawai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) jika ia mendakwa mana-mana warga Amerika yang berkhidmat di Afghanistan dengan jenayah perang.
Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, John Bolton menyifatkan badan hak asasi di The Hague sebagai ‘tidak dapat dipertanggungjawabkan’ dan ‘berbahaya’ kepada Amerika Syarikat, Israel dan sekutu lain.
Katanya, sebarang siasatan ke atas anggota perkhidmatan AS dianggap sebagai siasatan yang tidak berasas dan tidak adil.
“Sekiranya mahkamah memburu kami, Israel atau sekutu AS lain, kami tidak akan berdiam diri,” kata Bolton ketika berucap di majlis anjuran Federalist Society.
“Kami akan mengharamkan hakim dan pendakwa dari memasuki AS. Dana mereka di AS juga akan disekat dan akan mendakwa mereka menggunakan sistem jenayah AS,” kata Bolton
Pada November 2017, pendakwa ICC memohon untuk membuka siasatan terhadap jenayah perang yang dilakukan pegawai tentera dan perisikan AS di Afghanistan terutama membabitkan penderaan ke atas tahanan. – AFP