Home Politik “UMNO ketika itu bongkak” – Tun Daim

“UMNO ketika itu bongkak” – Tun Daim

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Sept – “UMNO ketika itu bongkak,” kongsi Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin dalam rancangan Soal Rakyat, disiarkan di TV3 malam tadi.

Daim ketika mendedahkan strategi kemenangan PH pada PRU14 lalu berkata, beliau turut menasihatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum itu untuk berjaga-jaga kerana UMNO akan tewas dalam PRU14 berkenaan.

Malah menurutnya, beliau sendiri mendapat laporan daripada pemimpin UMNO mengatakan mereka akan kalah.

“Masa kempen mereka beritahu akan kalah. ‘Think tank’ mereka masa kempen pun beritahu mereka akan kalah. Ini orang UMNO kerana kita ada kawan ramai.

“Saya ada juga nasihat bekas PM berjaga-jaga akan kalah… sebabnya banyak. Kita tahu (BN) akan kalah,” katanya.

Daim yang merupakan bekas Menteri Kewangan berkata, beliau turut berhubung dengan Tan Sri Rafidah Aziz agar membantu Dr Mahathir.

Menurutnya, dalam pemikiran dan cara UMNO (ketika itu) ialah selagi Tun Dr Mahathir Mohamad seorang, Dr Mahathir tidak akan menang sebab dia sendirian.

“Yang penting kita ada dua strategi dan paling penting masa mesti tepat. Maka mereka minta saya buat satu wawancara dengan Nanyang Siang Pau.

“Dengan cara itu kita musnahkan MCA dan MIC dulu sebagai sudah tidak relevan. Selepas itu tumpu kepada UMNO. UMNO ketika itu bongkak,” katanya.

Daim berkata, UMNO ingat mesti menang, ada isu, ada jentera, ada angka dan penyandang.

“Mereka sombong sekali. Kalau dalam adat kita, mereka biadab juga. Orang Melayu kata biadab dan kita tidak boleh terima,” katanya.

Menurutnya, sebelum PRU14 juga, beliau bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara sebanyak enam kali dengan status sebagai ‘peguam’.

“Sebelum PRU14, saya bertemu dengan ramai pemimpin UMNO daripada DAP, Amanah, dan PKR sendiri termasuk Anwar bagi membincangkan masalah dihadapi negara ketika itu.

“Hendak jumpa Anwar susah. Yang dibenarkan jumpa hanya ahli keluarga atau peguam. Maka, untuk atasi masalah ini saya jadi peguam balik. Dengan cara itu saya dapat masuk di (Penjara) Sungai Buloh dan jumpa Anwar,” katanya.

Menurutnya, beliau berjumpa dan berbincang sebanyak enam kali dan selepas itu beliau tidak dibenarkan berjumpa Anwar.

“Bila tidak dibenarkan saya tulis surat kepada PM (Najib). Saya tanya mengapa tidak boleh berjumpa kerana saya peguam. Mereka ada laporan tertentu maka saya tidak dibenarkan masuk.

“Tidak mengapalah sebab kami dah bincang. Yang perlu dibincang masalah ketika itu ialah masalah politik,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!