Home Semasa Jho Low pernah cuba hubungi saya – Daim Zainuddin

Jho Low pernah cuba hubungi saya – Daim Zainuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Tun Daim Zainuddin mendedahkan hari ini jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low pernah cuba untuk menghubunginya beberapa kali bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu berkata Jho Low pernah menelefonnya termasuk sebelum beliau ke China pada Julai lepas.

“Bila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nak hantar saya ke China, Jho Low ada berhubung, dia nak bercakap dengan saya tetapi saya tak mahu, dia ada telefon tetapi saya suruh beliau bercakap dengan wakil saya.

Dia (Jho Low) kata dia boleh tolong (dalam hal berkaitan 1MDB), (tetapi) sebelum ini saya dah kata dalam sidang media pertama bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), jika dia tak salah baliklah, malam itu pun dia telefon saya,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam tadi.

Rancangan yang bersiaran selama sejam itu dikendalikan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!