Home PolitikPakatan Harapan ‘Sejarah Tun M-Anwar tak akan berulang’

‘Sejarah Tun M-Anwar tak akan berulang’

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 4 Sept – Pemuda Harapan yakin sejarah hitam antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Anwar bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri kelapan seperti disepakati tanpa halangan.

“Saya yakin ia tidak akan berulang kerana kita lihat dalam keadaan hari ini sudah ada persefahaman, perjanjian antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar kita telah sepakati.

“Persefahaman yang baharu ini ia berbeza situasinya dengan yang dulu, Tokoh-tokoh seperti Anwar dan Tun Mahathir juga lebih matang. Saya lihat ia tidak akan berulang.

“Memang ada isu sana sini yang kecil tapi secara umumnya saya lihat perjalanannya itu menuju sebagaimana yang kita rancang,” katanya kepada Sinar Harian ketika Sinar Live : Ke Mana PKR Selepas 20 Tahun, hari ini.

Sebelum ini, Tun Mahathir memaklumkan Anwar merupakan penggantinya dalam tempoh dua tahun susulan ketetapan yang dibuat sebelum PRU14.

Pada tahun 1998, Anwar yang ketika itu menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri diuar-uarkan sebagai pengganti Tun Mahathir namun beliau dipecat hingga menyebabkan gelombang reformasi rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!