KUALA LUMPUR, 4 Sept – Hari ini, satu video berdurasi selama 3 minit telah diaplikasi khidmat pesanan Whatsapp yang dipercayai dirakam semasa lawatan Menteri Pertahanan ke Desa Setia Wira.
Dalam video tersebut, difahamkan anggota tentera yang merupakan penghuni kediaman di kompleks tersebut telah menyuarakan masalah sebenar yang dihadapi oleh para penghuni di Desa Setia Wira.
Kemana perginya peruntukan kediaman kami?
“Apa yang YB tengok ini adalah tidak digambarkan seperti yang diketahui,” jelas anggota yang berpangkat koperal dalam video tersebut.
Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan isu yang dihadapi oleh penghuni Desa Setia Wira yang terutamanya melibatkan isu lif dan air.
Difahamkan, Desa Setia Wira tidak menerima bekalan air sejak 5 hari lalu. Selain daripada itu, penghuni turut menghadapi masalah lif yang tidak berfungsi dengan baik.
“Perlukah kami, misal kata ada kematian, kami angkat jenazah tu menggunakan tangga?
“Dan kami nak tahu ke mana peruntukan lif sebelum ini?” tanya anggota tersebut kepada Menteri Pertahanan.
Beliau turut merayu agar pihak Menteri Pertahanan untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu tersebut.
Pagi tadi Menteri Pertahanan, Haji Mohamad bin Sabu telah melakukan lawatan ke kediaman anggota tentera Desa Setia Wira bagi melihat dan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh penghuni kediaman Desa Setia Wira. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Puan Mastura Ahmad Mustafa; Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Dato’ Abu Muslim Ismail serta pegawai dan penghuni Desa Setia Wira.