1.5K
GEORGETOWN, 3 Sept – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menggugurkan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dalam pembelian banglo bawah harga pasaran.
Kedua-dua mereka telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 6 Julai lalu.
Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik semula semua pertuduhan terhadap mereka.
Beliau berkata, kedua-dua mereka dibebaskan dengan segera tanpa perlu dipanggil semula pada masa akan datang.
Sementara itu, Guan Eng semasa ditemui di luar kamar mahkamah gembira dengan keputusan tersebut.