Home SemasaGlobal Tukang tilik ramal Donald Trump

Tukang tilik ramal Donald Trump

by Noor Sheila Amin

SHANGHAI, 1 Sept – Ketika perang perdagangan semakin terasa di antara Amerika Syarikat dan China, ada yang meminta ahli nujum untuk meramalkan langkah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, selanjutnya.

Menggunakan foto Trump dan tarikh lahirnya, ada orang China meminta tilikan pakar tenaga kosmik dan roh memberi ‘tips’ muslihat Trump pada masa depan.

Pertikaian perdagangan itu bukan hanya menimbulkan keadaan tidak menentu mengenai pertumbuhan ekonomi China, ia turut menyebabkan pihak tertentu menjadi serba salah khususnya ketika mahu memutuskan mengenai pelaburan seterusnya, cara terbaik mengurus perniagaan atau sama ada meneruskan rancangan berhijrah ke Amerika.

Pakar feng shui di Hong Kong, Victor Ng, berkata dia biasaanya menganalisis tarikh lahir dan detik kelahiran bagi membantu pelanggan membuat keputusan mereka.

Ketika isu perang perdagangan semakin panas, dia menggunakan beberapa kriteria tambahan untuk membuat tilikan.

“Oleh sebab perang perdagangan di antara Amerika, China sedang berlaku, saya juga akan melihat faktor seperti tarikh kelahiran (Presiden) Xi Jinping dan Trump. Ini cara kami menganalisis keadaan,” katanya.

Di bandar Xi’an, seorang tukang tilik, Xie Xianglin berkata dia didatangi lebih ramai orang yang memintanya meramalkan hala tuju perang perdagangan itu.

Kebanyakannya adalah ahli perniagaan dan pelabur, kata Xie yang mengenakan bayaran 500 yuan (RM300.50) untuknya membuat tilikan.

“Tujuh orang (baru-baru ini) bertanya kepada saya mengenai pelaburan dan trend berhijrah,” katanya.

Di Taman Fuxing, Shanghai, pergaduhan meletus selama tiga hari minggu bertuurut-turut di kalangan pesara yang membincangkan siapa akan menjadi mangsa dan siapa pihak yang salah dalam perang perdagangan itu.

Taman itu adalah tempat pertemuan tidak rasmi pesara pada hujung minggu. Malah, ada yang membawa gambar Trump dan tarikh kelahirannya ketika berbual mengenai apakah pemimpin Amerika itu akan lakukan seterusnya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!