Home Pertahanan dan Keselamatan Siasat siapa salah guna dana LTAT – Patriot

Siasat siapa salah guna dana LTAT – Patriot

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Ogos Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa agar diadakan siasatan menyeluruh berhubung perjanjian berat sebelah di antara kerajaan terdahulu dan dua syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Presidennya Brig. Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia harus bertindak segera tanpa perlu menunggu laporan berhubung pendedahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook bahawa kerajaan yang diterajui Barisan Nasional telah mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menggunakan dananya untuk membayar sejumlah RM555 juta kepada dua syarikat terbabit bagi mengambil alih AES.

“Patriot ingin tahu siapakan pemilik dua syarikat konsesi AES iaitu ATES dan Beta Tegap serta kenapa pengarah urusan dan lembaga pengarah LTAT membenarkan penggunaan wang berjumlah RM555 juta itu?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat, Loke mendedahkan pembayaran berjumlah RM295 juta kepada ATES Sdn Bhd dan RM260 juta kepada Beta Tegap Sdn Bhd tersebut tidak melibatkan pengambilalihan aset yang besar tetapi hanya untuk 40 unit kamera AES.

Mohd Arshad berkata tindakan menggunakan dana LTAT dengan cara yang demikian merupakan kesalahan pecah amanah.

Katanya LTAT diitubuhkan khususnya untuk menjaga kebajikan dan menguruskan faedah-faedah persaraan anggota tentera.

“Patriot menggesa LTAT yang memiliki empayar perniagaan yang besar agar lebih serius menjaga kebajikan anggota serta veteran tentera seperti menyediakan peluang pekerjaan, menawarkan latihan sambil bekerja dalam kursus peralihan sebelum persaraan dan biasiswa untuk anak-anak mereka,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!