Penasihat Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, banyak janji yang dimungkiri kerajaan sehingga menimbulkan persoalan kemampuan untuk melaksanakan perkara-perkara yang dijanjikan kepada rakyat dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Kerajaan gagal melaksanakan gaji minimum swasta RM1,500, gaji penjawat awam juga tidak dinaikkan serta komitmen untuk memansuhkan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga telah gagal,” katanya.

Kumpulan berkenaan turut membawa beberapa sepanduk antaranya bertulis ‘ Undur Kerajaan PH’, ‘ PH Fitnah’ dan Gaji Mininum Sudah Sama Rata.

Mengulas lanjut, Cheng Guan berkata, rakyat negeri ini turut kecewa terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini bersungguh-sungguh berjanji untuk menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang.

“ Oleh itu, disebabkan kegagalan 100 hari ini, kami mahu Dr. Mahathir melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mentadbir negara,” katanya.