Home Semasa Pendedahan Rafizi tidak adil – Chin Tong

Pendedahan Rafizi tidak adil – Chin Tong

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan beberapa dokumen mengenai pegawai kanan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu disifatkan tidak adil selain mendakwa perbuatan tersebut dilakukan secara semberono.

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata, bekas Ahli Parlimen Pandan itu sepatutnya memaklumkan perkara tersebut secara peribadi kepada Mohamad atau dirinya sendiri.

Menurut beliau, tindakan Rafizi itu menyebabkan pegawai kanan yang bertugas di bawah Mohamad itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali gus seolah-olah membenarkan penghakiman yang dilakukan oleh media.

“Rafizi boleh saja hubungi menteri atau saya atau individu yang dirujuk dalam kenyataannya untuk mendapatkan penjelasan.

“Tiada keperluan untuk pegawai itu dibicarakan oleh media. Tidak perlu untuk Rafizi mendedahkan perkara ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Rafizi dalam satu kenyataan mendedahkan empat bayaran meragukan yang didakwa diterima pegawai itu membabitkan jumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 pada 30 Mei 2018 dan 31 Mei 2018.

Rafizi dilaporkan berkata, sukar menerima alasan kononnya wang itu diperoleh hasil derma awam bagi membantu melepaskan pegawai itu daripada status muflis

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!