Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Lawatan kebajikan BAKAT Udara ke Wad Geriatrik HKL

Lawatan kebajikan BAKAT Udara ke Wad Geriatrik HKL

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara merupakan satu badan kebajikan di bawah Tentera Udara Diraja Malaysa (TUDM) yang bertanggungjawab di atas menjaga kebajikan isteri dan anak anggota TUDM.

BAKAT Udara hari ini telah membuat lawatan kebajikan ke Wad Geriatrik, Hospital Kuala Lumpur yang julung kali diadakan sejak ianya dibuka.

Lawatan ini bertujuan untuk melawat pesakit-pesakit dan memberi sedikit sumbangan kepada mereka di dalam bentuk set kelengkapan diri dan makanan serta buah-buahan secara individu.

Di samping itu, dapat menimba ilmu dari tenaga kerja hospital tentang rawatan penjagaan warga geriatrik.

BAKAT Udara juga berbesar hati telah memberi sumbangan sebanyak lima buah kerusi tolak (Push Chair), tiga buah kerusi roda (Wheelchair), lima buah Walking Frame, 10 batang tongkat berkaki empat (Quadruped Walking Aid), empat karton lampin pakai buang bersaiz dewasa dan satu dozen cecair sabun mandi.

Lawatan ini yang diterajui oleh Datin Sri Normah binti Md Sap yang mewakili Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU), YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah dan disertai oleh seramai 25 orang iaitu 20 ahli BAKAT Udara dan lima orang pegawai TUDM. Para pesakit juga turut dihiburkan oleh anggota TUDM dari Kombo Seni Suara TUDM.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!