Home SemasaGlobal Hamas-Israel setuju genjatan senjata

Hamas-Israel setuju genjatan senjata

by Noor Sheila Amin

GAZA, 10 Ogos – Israel dan Hamas, pergerakan Islam yang memerintah Semenanjung Gaza, bersetuju terhadap satu gencatan senjata semalam, kata dua pegawai Palestin, persetujuan yang mungkin menamatkan kemuncak pertempuran menjurus peperangan.

Tiada ulasan rasmi daripada Israel, namun seorang pegawai Zionis yang enggan dikenali menafikan satu gencatan senjata dicapai.

Israel jarang mengakui mencapai sebarang perjanjian sebegitu dengan Hamas, kumpulan dianggap pengganas yang melalui tiga peperangan sejak sedekad lalu.

Satu peningkatan serangan roket dan udara merentasi sempadan sejak beberapa minggu lalu menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Mesir untuk cuba menjadi orang tengah bagi menghalang satu lagi konflik besar-besaran.

Pada malam kelmarin dan semalam, serangan udara Israel mengenai lebih 150 sasaran di Gaza dan pejuang Palestin melepaskan sejumlah roket termasuk peluru berpandu jarak jauh ke dalam Israel, memuncakkan pertempuran walaupun rundingan perdamaian berterusan.

“Usaha Mesir berupaya mengembalikan keadaan tenang antara pihak Palestin dan Israel yang akan menamatkan ketegangan terkini. Pihak Palestin akan menghormati keadaan tenang itu selagi Israel menerimanya,” kata seorang pegawai Palestin kepada Reuters.

Seorang pegawai kedua Palestin yang tahu mengenai rundingan berkata, gencatan senjata akan bermula 10.45 malam.

Jurucakap Jawatankuasa Tentangan Popular, kumpulan kecil di Gaza, Abu Mujahed, berkata di Facebook: “Berikutan usaha Mesir dan antarabangsa, satu gencatan senjata antara Palestin bermula secara bersyarat berkaitan komitmen pendudukan.”

Beberapa jam sebelumnya, seorang wanita Palestin dan anak perempuannya berusia 18 bulan terbunuh dalam serangan Israel kelmarin serta seorang pejuang Hamas.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!