Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ‘Eksesais Keris Strike 22/2018’ tingkat kepakaran TDM-USARPAC

‘Eksesais Keris Strike 22/2018’ tingkat kepakaran TDM-USARPAC

by Air Times News Network

SEREMBAN, 3 Ogos – Program ‘Eksesais Keris Strike 22/2018’ antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan United State Army Pasific Command (USARPAC), terus menumpukan kepada meningkatkan kepakaran berhubung pengurusan bencana alam dan bantuan kemanusiaan.

Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Hasagaya Abdullah berkata menerusi siri eksesais itu, TDM turut berkongsi kepakaran mengenai ilmu Peperangan Menentang Insurgensi manakala USARPAC pula berkongsi kepakaran dalam ilmu peperangan konvensional.

“Pelbagai perkongsian ilmu kepakaran dipelajari mengenai taktik dan langkah baharu, sekali gus meningkatkan keupayaan peserta.”

“Ilmu peperangan hutan kita masih lagi menguasainya dengan sempurna dan inilah antara kepakaran yang mereka (USARPAC) pelajari,” katanya selepas majlis penutup program itu di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion 15, di sini, hari ini.

Latihan 12 hari sejak 23 Julai lepas di Kem RAMD Batalion 15, Senawang itu melibatkan 580 anggota dan majlis penutup latihan disempurnakan Timbalan Pengarah Army National Guard Mejar Jen Timothy M. Mckeithen.

Mengulas lanjut, Hasagaya berkata setiap tahun pelbagai latihan bersama negara luar diadakan bagi meningkatkan kepakaran anggota terlibat, antaranya berkenaan perang kimia, kejuruteraan termasuk penguasaan dalam penggunaan drone dan Eksesais Keris Strike adalah satu daripadanya. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!