Home SemasaGlobal PetroVietnam, firma Jepun tandatangani perjanjian dalam ketegangan dengan Beijing

PetroVietnam, firma Jepun tandatangani perjanjian dalam ketegangan dengan Beijing

by Noor Sheila Amin

HANOI, 2 Ogos – Firma minyak negara Vietnam, PetroVietnam telah menandatangani perjanjian dengan dua firma Jepun untuk menjual gas dari blok minyak Laut China Selatan dekat dengan perairan yang dipertikaikan oleh Beijing, semalam.

Vietnam sedang berusaha mengekalkan keluaran minyak dan gas mentahnya di tengah-tengah penurunan pengeluaran berikutan tekanan yang berterusan dari China yang telah menjejaskan beberapa projek.

Selain itu juga, ini berikutan tindakan keras anti-rasuah di Vietnam, yang dipimpin oleh Parti Komunis yang memerintah, dilihat beberapa eksekutif profil tinggi dari firma negara, termasuk PetroVietnam, sedang dibicarakan kerana rasuah.

“Pembangunan projek itu penting kerana aktiviti penerokaan dan pengeluaran telah menjadi perlahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana ketegangan di Laut China Selatan, tindakan keras rasuah yang sedang berlaku dan harga minyak mentah yang rendah,” kata pegawai PetroVietnam yang enggan disebut nama.

Perjanjian jual beli gas, yang ditandatangani di Hanoi pada Selasa lepas, akan menjadi signifikan yang ketara kepada sumbangan itu  untuk memastikan keselamatan tenaga negara” PetroVietnam berkata dalam satu kenyataan.

Sao Vang-Dai Nguyet, terletak di blok 05-1b & 05-1c 300 km (186 batu) di tenggara pantai Vietnam, adalah 43.08 peratus milik Idemitsu Kosan dari Jepun, 36.92 peratus oleh Teikoku Oil (Con Son) Co. dan 20 peratus oleh PetroVietnam, firma minyak negara itu dalam satu kenyataan.

“Perjanjian ini akan membuka jalan bagi projek itu untuk memulakan pengeluaran gas komersil dari suku ketiga tahun 2020, kata PetrVietnam.

Data kerajaan yang dikeluarkan pada hari Ahad lepas menunjukkan, keluaran minyak mentah Vietnam dalam tujuh bulan pertama tahun ini jatuh 11.3 peratus dari tahun sebelumnya kepada 7.16 juta tan metrik.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!