2.8K
SIDON, Lebanon 30 Jul – Satu kumpulan aktivis alam sekitar ‘membuang’ kira-kira 10 buah kereta kebal tentera lama ke dalam laut sebagai usaha mengurangkan masalah pembuangan sampah di negara ini.
BBC melaporkan, jurucakap kumpulan Friends of the Coast of Sidon, Kamel Kozbar berkata, langkah membuang kereta kebal lama itu boleh menarik pelancong ke negara ini, selain dapat dijadikan tukun kepada hidupan marin.
“Saya berharap tidak lama lagi kesemua kereta kebal tersebut akan dilitupi dengan rumpai laut, sekali gus mewujudkan satu taman laut yang unik kepada kumpulan penyelam dan juga sebagai tukun baharu,” katanya. – AGENSI