Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan sedia gerak aset ke Lombok – Mohamad Sabu

Kementerian Pertahanan sedia gerak aset ke Lombok – Mohamad Sabu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Jul – Kementerian Pertahanan sedia menggerakkan aset bagi membantu gempa bumi di Lombok, Indonesia.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, beliau akan berbincang dengan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin sebelum membuat ketetapan.

“Saya akan bincang dengan PAT segera dalam hal ini. Seperti kita ada hantar ke Laos (sewaktu kejadian) empangan pecah itu.

“Kami bersedia, tapi saya kena bincang dulu dengan PAT,” katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala ritcher yang melanda Pulau Lombok pagi semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa setakat ini.

Seramai 162 orang turut tercedera dalam kejadian yang memusnahkan ribuan rumah penduduk setempat.

Sekumpulan rakyat Malaysia antara mangsa yang terkandas di Senggigi, Lombok Utara susulan gempa bumi tersebut.

Kini, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang memproses untuk membawa pulang jenazah warga Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan berkata jenazah Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail, 30, yang kini ditempatkan di Hospital Selong, Timur Lombok akan dipindahkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Provinsi NTB di Bandar Mataram, sebelum dibawa pulang ke tanah air esok.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!