Home SemasaGlobal Imran Khan menang pilihan raya Pakistan

Imran Khan menang pilihan raya Pakistan

by Air Times News Network

ISLAMABAD – PAKISTAN, 27 Jul – Legenda sukan kriket, Imran Khan diisytiharkan menang pilihan raya Pakistan namun kekurangan majoriti, menurut keputusan rasmi diumumkan hari ini.

Susulan itu, Imran Khan perlu mencari rakan gabungan untuk membentuk kerajaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (ECP) hari ini berkata, hanya 11 kerusi belum dikira, dengan parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) pimpinan Imran Khan mendahului dengan 114 kerusi dan satu-satunya parti terbesar dalam Parlimen.

Dalam sidang media, suruhanjaya itu berkata, parti pimpinan Nawaz Sharif Liga Muslim Nawaz (PML-N) meraih 63 kerusi manakala Parti Rakyat Pakistan (PPP), yang terbukti dalang politik kerajaan pakatan, menang 43 kerusi.

Kiraan menunjukkan PTI tidak akan mencapai 137 kerusi diperlukan dalam Parlimen bagi membentuk kerajaan majoriti sendiri.

Pihak berkuasa pilihan raya dikecam kerana ketiadaan keputusan penuh rasmi, dua hari selepas undian ditutup, kelewatan tidak dijangka dikatakan pemantau melemahkan kiraan itu.

Imran Khan, 65, bekas pemain kriket, membuat pengisytiharan kemenangan dalam ucapan meluas di Pakistan semalam.

Namun pesaingnya mendakwa berlaku penipuan pilihan raya besar-besaran memihak kepada beliau. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!