1.5K
WASHINGTON, 24 Jul – Korea Utara dipercayai telah mula memusnahkan kemudahan utama di pusat ujian enjin roket negara itu, dakwa sekumpulan pakar, semalam.
Menurut kumpulan 38 North, imej satelit komersial Sohae menunjukkan, Pyongyang telah mula merobohkan bangunan memproses dan ujian enjin roket yang digunakan untuk menguji bahan bakar enjin bagi peluru berpandu balistik dan kenderaan penghantar angkasa. – AFP