GAZA, 24 Jul – Israel menerusi Kementerian Pertahanan menyatakan akan membuka sebahagian lagi laluan kargo yang melintasi jalur Gaza setelah permusuhan Hamas berkurangan. Menteri Pertahanannya, Avigdor Lieberman berkata Israel akan meneruskan pemindahan gas dan bahan api melalui persempadanan Kerem Shalom sebagai tambahan kepada bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibenarkan.
Minggu lalu, Lieberman telah meletakkan sekatan ke atas persempadanan itu selepas para pemimpin Gaza terus membenarkan layang-layang api dan belon melayang di ruang udara Israel setelah gencatan senjata dpersetujui. Layang-layang api dan belon tersebut telah mengakibatkan kebakaran kawasan pertanian berhampiran sempadan. Lieberman juga berkata laluan melintasi sempadan tersebut akan beroperasi setelah api berjaya dipadam sepenuhnya.
Sebelum ini, Israel dan Mesir telah mengekalkan sekatan ke atas tentera laut selama sedekad ke atas Gaza sebagai tindakan melemahkan Hamas. Sekatan ini telah menyebabkan kesulitan ekonomi yang sangat luas. Namun, Israel turut menegaskan pembukaan laluan tersebut terdedah dengan kegiatan penyeludupan senjati api dan perhatian lebih perlu diberikan kepada penduduk setempat. – EPA