Home Semasa Akta Kebencian Agama dan Kaum akan diperkenalkan – Dr Mujahid

Akta Kebencian Agama dan Kaum akan diperkenalkan – Dr Mujahid

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Jul – Kerajaan akan memperkenalkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi menyekat gejala mencaci dan memaki semua agama di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata akta itu bagi melindungi semua agama di negara ini.

Katanya, dengan adanya akta khusus itu tindakan boleh diambil terhadap sesiapa saja yang mencaci atau memaki agama Islam dan agama lain di negara.

“Akta ini bukan saja untuk orang Islam tetapi bagi menjamin agama dan kaum yang ada serta di negara ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Ismail, dalam soalannya, ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang menggubal undang-undang bagi melindungi agama Islam yang sering dicaci di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Mujahid berkata, akta itu bukan saja akan mendidik rakyat menghormati agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi juga agama lain.

Mengenai kes menghina agama Islam, Mujahid berkata pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan daripada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!