Home SemasaGlobal Israel lancar serangan udara terhadap Syria

Israel lancar serangan udara terhadap Syria

by M.Daim

DAMSYIK, 23 Jul –  4 buah jet pejuang Israel telah melakukan serangan udara terhadap satu fasiliti tentera Syria di Masyaf, barat laut Homs.

Keempat-empat jet pejuang tersebut telah melancarkan 10 peluru berpandu ke fasiliti yang didakwa merupakan stor dan pusat penghasilan senjata kimia. Kesemua peluru berpandu tersebut telah dilancarkan dari jet pejuang Israel yang berada di ruang udara Lubnan.

Serangan udara tersebut berjaya dirakam oleh penduduk tempatan yang menyaksikan pemintasan peluru berpandu yang dilakukan oleh sistem pertahanan udara Syria.

Agensi Iran, IRNA, menuduh Israel sedang cuba membantu kumpulan militia yang menentang rejim Bashar. Tehran turut menuduh Tel Aviv telah memberikan sokongan dari segi logistik, persenjataan dan maklumat perisikan kepada kumpulan militia di Syria.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!