Home SemasaGlobal Mayat anggota tentera beku ditemui selepas 50 tahun

Mayat anggota tentera beku ditemui selepas 50 tahun

by Air Times News Network

SHIMLA – INDIA, 22 Jul – Mayat seorang anggota tentera India yang beku ditemui di sekitar kawasan glasier di banjaran Himalaya oleh sekumpulan pendaki gunung, 50 tahun selepas dia dan lebih 100 anggota lagi terbunuh dalam nahas pesawat.

Pasukan mendaki itu turut menjumpai beberapa cebisan bangkai pesawat Antonov An-12 buatan Kesatuan Soviet milik Tentera Udara India yang terhempas pada Februari 1968.

“Kami terjumpa tangan dari mayat manusia yang terjuntai keluar dari ais. Bahagian tubuh lain dapat dilihat di dalam bongkah ais itu,” kata ketua ekspedisi, Rajiv Rawat kepada AFP.

Pasukan tentera yang dihubungi kemudiannya melancarkan operasi mengeluarkan mayat berkenaan.

Mayat anggota terbabit ditemui pada ketinggian 5,500 meter di banjaran Himalaya dan merupakan yang kelima ditemui dari nahas berkenaan selepas beberapa siri pencarian gagal memberikan hasil sejak berpuluh tahun lalu.

Mayat terakhir ditemui dan dikenal pasti sebelum ini adalah pada tahun 2013.

Pesawat pengangkut yang menuju ke Kashmir ketika itu gagal mendarat berikutan cuaca buruk lalu mengorbankan 102 nyawa, termasuk 98 anggota tentera. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!