Home SemasaGlobal Bahrain sekat akaun media sosial palsu

Bahrain sekat akaun media sosial palsu

by M.Daim

MANAMA, 22 Jul – Bahrain bertindak menyekat akses mana-mana akaun media sosial palsu yang berpusat di Bahrain. Pihak Kementerian Dalam Negeri Bahrain menyatakan tindakan tersebut dibuat adalah untuk menjaga kepentingan negara Arab tersebut.

Menurut Bahrain News Agency, BNA, pihak kerajaan Bahrain bertindak sedemikian selepas mendapati akaun-akaun media sosial palsu telah digunakan dalam kempen untuk menimbulkan ketegangan antara Bahrain dan Arab Saudi. Kempen tersebut berupaya untuk memberikan ancaman kepada negara itu dari sudut keselamatan dan ekonomi.

Selain daripada itu, pihak Kementerian Dalam Negeri Bahrain turut mendapati akaun-akaun tersebut sengaja diwujudkan bagi mempengaruhi umum disamping melakukan hasutan dan menganggu gugat pilihan raya yang bakal menjelang di Bahrain.

Bahrain melalui Direktorat Anti Rasuah, dan Ekonomi dan Keselamatan Elektronik menegaskan bahawa negara itu tetap melindungi hak kebebasan suara rakyat negara itu. Dalam masa yang sama, kerajaan Bahrain menggesa agar rakyat Bahrain lebih berhati-hati dalam menghadapi ancaman semasa terutamanya ancaman akaun media sosial palsu.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!