Home Semasa Tempoh kelonggaran setahun pelaksanaan pemakaian kasut hitam – Dr Maszlee

Tempoh kelonggaran setahun pelaksanaan pemakaian kasut hitam – Dr Maszlee

by Air Times News Network

KLUANG, 21 Jul – Tempoh kelonggaran setahun akan diberikan terhadap pelaksanaan pemakaian kasut hitam yang sepatutnya bermula tahun depan sebagai langkah tidak membebankan ibu bapa selain menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kementerian tidak akan melaksanakan dasar baharu itu secara drastik dan tergesa-gesa kerana faham kebimbangan pelbagai pihak terutama ibu bapa jika ia dilakukan secara drastik.

“Bagi ibu bapa yang sudah bersedia menukar kasut hitam murid untuk ke sekolah tahun hadapan, kita alu-alukan namun kementerian akan beri kelonggaran selama setahun bagi pelaksanaannya.

“Kementerian faham kebimbangan ibu bapa serta keluarga terutama golongan pendapatan rendah dan tidak akan menguatkuasakan dasar baharu kasut hitam serta-merta selain pihak industri yang mempunyai stok kasut putih yang baharu.

“Tiada tindakan disiplin bagi murid dan pelajar yang masih menggunakan kasut putih tahun depan dan kita akan beri masa secukupnya,” katanya.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata demikian selepas perasmian Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam, dekat sini, hari ini.

Kelmarin, beliau mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!