Home Semasa Tun M pemimpin yang tunai apa diperkatakan – Raja Perlis

Tun M pemimpin yang tunai apa diperkatakan – Raja Perlis

by Air Times News Network

ARAU, 18 Jul – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang akan menunaikan apa diperkatakannya.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda mula mengenali secara dekat Dr Mahathir semasa baginda memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari tahun 2001 hingga 2006.

Ketika  itu, Dr Mahathir merupakan perdana menteri keempat  sebelum meletak jawatan pada 2003.

“Pendapat saya Prime Minister (Dr Mahathir) buat apa yang dia kata dia nak buat…(contohnya) dia kata nak berhenti (undur diri sebagai perdana menteri pada 2003) dia berhenti,” titah baginda pada Majlis Santapan Negeri bersempena  sambutan ulang tahun ke-75 keputeraan baginda di Istana Arau malam ini.

Turut berangkat pada majlis santapan itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga hadir pada majlis santapan itu.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda menghormati Dr Mahathir yang sudi menawarkan diri untuk menerajui sekali lagi negara  ini bagi membetulkan keadaan negara ke arah keadaan lebih baik lagi.

“Saya hormat Tun kerana volunteer untuk perbetulkan apa yang dia fikir tak betul. Thank you Tun untuk lead the country again,” titah baginda.

Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yang masing-masing menyambut ulang tahun kelahiran pada 10 Julai dan 12 Julai lepas. -Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!