1.5K
KUALA LUMPUR, 15 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan beliau akan bertanding bagi jawatan presiden bagi pemilihan PKR akan datang.
Ketua umum PKR itu berkata keputusan dicapai selepas perbincangan dengan presiden yang juga isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden Datuk Seri Mohamad Azmin Ali serta kepimpinan lain.
“Dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan presiden.
“InsyaAllah jika mandat diperolehi daripada akar umbi seluruh negara, saya akan mengemudi parti selaku presiden selepas selesai Kongres Nasional pada November ini,” katanya lagi dalam kenyataan hari ini.