KUALA LUMPUR, 14 Jul – Kementerian Pertahanan menegaskan segala bentuk bantuan yang selayaknya diperolehi oleh semua golongan lapisan veteran ATM di seluruh Malaysia, tidak mengira sama ada veteran ATM yang berpencen atau tidak berpencen masih diteruskan seperti biasa mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Unit Komunikasi Strategik, Kementerian Pertahanan Malaysia, dalam kenyataannya hari ini, berkata, pihaknya sentiasa menjaga kebajikan anggota tentera atau Veteran ATM, dan akan membuat penambahbaikan kepada bantuan sedia ada dari semasa ke semasa dengan mengambil kira kemampuan kewangan dan ekonomi kerajaan.
“Kementerian Pertahanan menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sentiasa membela dan menjaga kebajikan veteran ATM dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kebajikan sama ada yang berpencen atau tidak berpencen.
“Antaranya, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Persekolahan/Kolej Vokasional Kebangsaan, Bantuan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik, Bantuan Perubatan, Bantuan Peralatan Pesakit, Bantuan Bencana Alam, Bantuan Pengurusan Jenazah dan Bantuan Perumahan (baik pulih dan bina baharu),” katanya.
Kementerian Pertahanan menjawap kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM), Ismail Bidin berhubung bantuan sara hidup bekas tentera yang tidak berpencen.
Artikel berkaitan: http://www.airtimes.my/2018/07/12/salurkan-bantuan-sara-hidup-kepada-semua-veteran-tentera/