Home SemasaGlobal Netanyahu, disoal siasat sekali lagi

Netanyahu, disoal siasat sekali lagi

by Noor Sheila Amin

BAITULMAQDIS, 11 Jul –  Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, disoal siasat sekali lagi berhubung salah satu daripada kes rasuah yang mengancam kepemimpinannya.

“Perdana Menteri disoal siasat beberapa jam di kediamannya hari ini sebagai sebahagian siasatan dilakukan unit penipuan dan jenayah serius dan pihak berkuasa keselamatan,” kata polis dalam kenyataan.

Polis tidak menyebut mengenai siasatan ke atasnya tetapi media melaporkan subjek adalah dakwaan rasuah membabitkan gergasi telekom tempatan, Bezeq dan pemegang saham terbesarnya, Shaul Elovitch.

Ini adalah kali ke-11 Netanyahu disoal siasat dalam pelbagai kes, sama ada sebagai suspek atau saksi.

Bulan lalu, beliau disoal sebagai saksi dalam siasatan dakwaan rasuah berhubung pembelian tiga kapal selam Jerman.

Beliau tidak dianggap suspek dalam kes itu, tetapi beberapa rakan rapatnya disoal siasat beberapa kali. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!