1.5K
PUTRAJAYA, 10 Jul – Pakatan Harapan telah sepakat memuktamadkan untuk menamakan hanya satu nama bagi menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara berkenaan telah diputuskan dalam mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan semalam.
Menurut beliau, nama calon berkenaan bagaimanapun akan diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam waktu terdekat.
“Perdana Menteri akan mengeluarkan calon Speaker yang telah terpilih, mungkin hari ini atau esok Perdana Menteri akan menamakan,” katanya ketika hadir dalam majlis penyampaian sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Negara di sini hari ini.