Home Pertahanan dan Keselamatan Program Pertukaran Anak Asuh Tentera Darat Malaysia-TNI-AD

Program Pertukaran Anak Asuh Tentera Darat Malaysia-TNI-AD

by M.Daim

KUCHING, 9 Jul – Program Pertukaran Anak Asuh di antara KODAM XII/TPR dengan Markas 1 Divisyen telah diadakan pada 1 hingga 7 Julai 2018 di sekitar Kuching, Sarawak. Program ini merupakan salah satu aktiviti bilateral yang diadakan secara timbal balas setiap di antara Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) dengan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Seramai 20 orangĀ anak-anak anggota TNI-AD terlibat dalam program ini dan diiringi oleh 5 orang pegawai serta staf dari KODAM XII/TPR yang berpangkalan di Pontianak, Kalimantan Barat.

Program Pertukaran Anak Asuh juga merupakan kesinambungan kepada Perjanjian Kerjasama dua hala angkatan tentera yang turut dipanjangkan kepada kerjasama silaturrahim antara Persatuan Isteri-isteri Perajurit dan kepada anak-anak. Program ini merupakan salah satu usaha memantapkan Confidence Building Measure bagi memperkukuhkan tahap keyakinan dan saling menghormati di antara negara.

Program sebegini dapat memupuk kerjasama dan perpaduan antara Malaysia-Indonesia melalui kedua-dua pasukan tentera darat. Foto: Tentera Darat Malaysia/Pbt Muhammad Aiman Solihin Hasmady

Objektif utama aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi memupuk semangat perpaduan dan silaturrahim di antara dua negara di kalangan peserta (Anak Asuh) yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Aturcara untuk program anak asuh banyak melibatkan lawatan sambil belajar di sekitar Kuching seperti lawatan ke Kampung Budaya, Muzium Borneo 3D, Sekolah-Sekolah Kerajaan serta pelbagai tempat lain bagi memberi pendedahan kepada peserta (Anak Asuh) tentang kepelbagaian etnik dan budaya di negara ini. Program ini juga berupaya menanamkan sifat kerjasama, toleransi serta memupuk disiplin di kalangan anak asuh.

Program sebegini telah bermula sejak tahun 2005 dengan penganjuran kali ini di Kuching adalah kali ke-10. Tahun ini, giliran Markas 1 Divisyen menjadi penganjur untuk program tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!