KOTA KINABALU, 5 Jul – Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahirudin dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni menerima kunjungan hormat Panglima Medan Timur yang baharu, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw, semalam.
Kunjungan tersebut sempena pelantikan Stephen Mundaw sebagai Panglima Medan Timur menggantikan Leftenan Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar yang akan bersara wajib pada 28 November ini.
Stephen kelahiran Sri Aman, Sarawak merupakan orang Iban yang pertama berjaya mencapai status Jeneral tiga bintang dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sementara itu, turut membuat kunjungan hormat ialah Pemangku Presidan Kongres Momogun Nasional (MNC), Datuk John Wanji Maluda dan rombongan.
Tujuan kunjungan hormat adalah untuk menerangkan mengenai MNC dan sedikit sebanyak mengenai kegiatan yang dilaksanakan oleh MNC.