Home Pertahanan dan Keselamatan 713 pesara ATM berjaya perolehi Sijil Kemahiran

713 pesara ATM berjaya perolehi Sijil Kemahiran

by Nurulhuda

SUNGAI BULOH, 5 Jul – Seramai 713 bakal pesara ATM berjaya memperoleh Sijil Kemahiran setelah mengikuti Latihan Peralihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) pada kali ini.

Majlis Konvokesyen PERHEBAT ke-51 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad bin Sabu bertempat di Dewan PERHEBAT, disini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi Abd Manaf, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Ketua Pengarah JHEV, Mej. Jen. Dato’ Mohamad Khir Abdullah dan Pengerusi PERHEBAT, Lt. Jen Dato’ Sri Abdul Aziz Ibrahim (Bersara).

Penyampaian sijil kepada bakal pesara oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad Sabu.

Kementerian Pertahanan berkata akan terus meletakkan keutamaan paling tinggi di masa hadapan dalam aspek kebajikan warga ATM.

Kementerian Pertahanan bersama PERHEBAT juga mempunyai perancangan untuk terus memperkasakan inisiatif kebajikan golongan veteran ATM.

Penganugerahan ini memberikan peluang untuk pembangunan kerjaya kedua kepada bakal pesara ATM dalam pelbagai bidang kursus yang mereka telah pilih sebelum ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!