Home Semasa Piala Dunia 2018: Giliran England mara ke suku akhir

Piala Dunia 2018: Giliran England mara ke suku akhir

by M.Daim

MOSKOW, 4 Julai – England akhirnya mara ke suku akhir Piala Dunia 2018 dengan kelebihan jaringan penalti.
Skuad bimbingan Gareth Southgate menang penentuan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Terlebih dahulu, Harry Kane menjaringkan gol pertama perlawanan pada mini ke-57 melalui sepakan penalti. Kegembiraan England tidak kekal lama selepas pemain Kolombia, Yerry Mina menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan.
Skuad The Three Lions akan bertemu Sweden pada saingan suku akhir yang dijadualkan pada  10 malam, 7 Julai ini.

Kali terakhir skuad England mara ke suku akhir adalah pada tahun 2006 dan tewas kepada Portugal melalui penentuan penalti.

Persaingan suku akhir bermula pada Jumaat ini dengan perlawanan antara Uruguay dan Perancis yang dijadualkan akan berlangsung pada jam 10 malam waktu Malaysia.

Pada jam 2 pagi Sabtu, Skuad Samba, Brazil akan berdepan dengan Belgium. Pertemuan antara England-Sweden pula berlangsung pada sebelah malam

Tuan rumah, Rusia, akan berhadapan dengan Croatia pada jam 2 pagi Ahad ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!