Home Semasa Kami ada kes kukuh terhadap Najib – Tommy Thomas

Kami ada kes kukuh terhadap Najib – Tommy Thomas

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 4 Jul – Pihak pendakwaan mempunyai kes yang kukuh terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa melakukan pecah amanah jenayah dan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM42 juta membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan, berkata pihaknya akan membuktikan kes mereka pada perbicaraan nanti.

Sehingga itu, katanya, beliau akan menerima bahawa Najib adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

“Malah, kami amat bermurah hati dengan jumlah jaminan terhadap tertuduh tidak membantah prinsip jaminan.

“Sebaliknya, hanya membantah jumlah jaminan…kami sangat adil,” katanya dalam sidang media di luar mahkamah, hari ini.

Setakat ini dua saksi akan dipanggil memberikan keterangan berhubung kes Najib, katanya.

Apabila ditanya mengenai sama ada Najib akan dituduh lagi di mahkamah, Tommy berkata sehingga kini masih tiada pertuduhan baharu terhadap bekas perdana menteri.

“Namun, ia bergantung kepada kertas siasatan yang diterima pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Setakat ini hanya empat pertuduhan dikemukakan terhadap Najib,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!