Home Politik Hubungan Malaysia-Indonesia lebih kukuh

Hubungan Malaysia-Indonesia lebih kukuh

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Jul – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia akan dimartabatkan ke peringkat yang lebih kukuh lanjutan lawatan rasmi beliau ke negara itu baru-baru ini.

Dr Mahathir dalam catatan laman Twitter rasminya berkata beliau kagum dengan sambutan luar biasa kepadanya dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta delegasi dari Malaysia.

“Saya percaya bahawa pertemuan kita telah menghasilkan satu kesepakatan dalam usaha untuk memartabatkan hubungan dua hala ke peringkat yang lebih kukuh. Terima kasih Bapak Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo),” kata Dr Mahathir yang membalas catatan Jokowi di Twitter, hari ini.

Dr Mahathir memilih Indonesia sebagai negara anggota ASEAN pertama beliau mengadakan lawatan rasmi selama dua hari pada 28 Jun lepas sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Dalam lawatan itu, Dr Mahathir mengadakan pertemuan empat mata bersama Jokowi bagi menghargai jalinan hubungan kukuh antara kedua-dua negara sejak 60 tahun lepas.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!