Home Semasa Angela Ponce wakili Sepanyol ke Miss Universe

Angela Ponce wakili Sepanyol ke Miss Universe

by Noor Sheila Amin

MADRID, 4 Jul – Sepanyol melakar sejarah tersendiri apabila memilih wanita transgender, Angela Ponce menjadi wakilnya ke pertandingan ratu cantik Miss Universe selepas dimahkotakan sebagai pemenang, lapor majalah Advocate.

Ponce dinobatkan Ratu Sepanyol hujung minggu lalu sekali gus menjadi wanita transgender pertama mewakili sebuah negara.

Ponce seharusnya berterima kasih kepada ‘pembuka laluan’ Jenna Talackova dari Kanada.

Ketika pertandingan itu masih dimiliki Donald Trump pada 2012, Talackova dilarang bertanding di Kanada sehingga Trump terpaksa memihak GLAAD singkatan untuk Pakatan Menentang Penghinaan Gay & Lesbian serta ribuan lain yang menghantar petisyen menentang pemimpin itu berkaitan hak memasuki pertandingan.

Talackova, pada masa sama mengupah peguam berprofil tinggi, Gloria Allred sehingga dibenarkan bertanding serta memenangi gelaran Miss Congeniality di Kanada.

Sejak itu semua wanita transgender dibenarkan menyertai pertandingan Miss Universe bermula 2013.

“Marilah mencipta sejarah,” tulis Ponce dalam bahasa Inggeris di akaun Twitter meraikan kemenangannya sambil menanda Pride Month, hujung bulan lalu.

“Membawa nama dan budaya Sepanyol di seluruh dunia adalah impian terbesar saya.

“Matlamat saya adalah untuk menjadi jurucakap untuk menyampaikan mesej penyertaan, penghormatan dan kepelbagaian bukan sahaja untuk komuniti LGBTQ tetapi seluruh dunia,” tulis Ponce dalam bahasa Sepanyol di akaun Instagramnya. -Agensi

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!