Home Semasa Piala Dunia: Rusia singkirkan Sepanyol

Piala Dunia: Rusia singkirkan Sepanyol

by Air Times News Network

MOSCOW, 2 Jul – Juara 2010 Sepanyol tersingkir daripada Piala Dunia selepas tewas 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti kepada tuan rumah Rusia dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Luzhniki.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit permainan sebenar dengan Sepanyol memperoleh jaringan hasil gol sendiri pemain Rusia, Sergei Ignashevich pada minit ke-12 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan penyerangnya, Artyom Dzyuba pada minit ke-41.

Kedudukan itu kekal untuk memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan namun kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol kemenangan.

Pada penentuan sepakan penalti, Koke dan Iago Aspas gagal menyempurnakannya selepas diselamatkan penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev manakala Rusia yang tidak perlu melakukan sepakan kelima, melengkapkan empat sepakan dengan sempurna tanpa mampu disekat satu pun oleh penjaga gol Sepanyol, David de Gea.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!