GAZA, 2 Julai – Sebuah dron milik tentera Israel bertindak melepaskan tembakan amaran terhadap sekumpulan remaja Palestin di Timur Gaza. Dron tersebut bertindak melepaskan tembakan amaran menggunakan peluru berpandu amaran setelah mendapati kumpulan remaja tersebut bertindak melepaskan belon berapi ke Israel.
Insiden tembakan tersebut tidak melibatkan menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.
Aktivis di Gaza bertindak melepaskan belon dan layang-layang yang dinyalakan dengan api dari Gaza ke Israel semenjak akhir Mac lalu. Digelar sebagai “Perang Layang-layang”, serangan belon dan layang-layang berapi dilaporkan telah menyebabkan kemusnahan teruk dalam Israel.
Los Angeles Times melaporkan bahawa kira-kira 7,410 ekar kawasan tanaman dan hutan telah terbakar. Dari jumlah tersebut, sebanyak 1,400 ekar ladang gandum terbakar. Angka yang direkodkan sehingga akhir Jun itu adalah melibatkan 450 kes kebakaran yang berpunca dari serangan belon dan layang-layang berapi.
Ahad lalu, sebuah kumpulan aktivis yang dikenali sebagai “Children of Zawari” mengaku bertanggungjawab melepaskan banyak belon berapi ke Israel. Belon-belon yang dilepaskan menyebakan kebakarana di beberapa ladang di Selatan Israel.
Nama kumpulan tersebut adalah bersempena dengan seorang warga Tunisia, Mohamaed Zawari, yang dilatih oleh Hamas. Zawari dikenali dikalangan Hamas kerana kepakarannya untuk mencipta dron dan beliau telah dibunuh pada 2 tahun lalu.
Media di Gaza melaporkan kumpulan tersebut akan terus melakukan serangan terhadap Israel dengan menggunakan cara yang sama. Kumpulan tersebut mendakwa mereka telah berjaya menjangkaui jarak 45 kilometer penerbangan ke dalam Israel.
Semenjak awal Jun, Israel bertindak menembak jatuh belon dan layang-layang di udara yang diterbangkan dari Gaza. Walaupun begitu, Israel masih lagi gagal menghalang kemasukan belon ke ruang udara di bawah kawalan mereka.