Home SemasaGlobal Perang Dagangan: Giliran Kanada bertindak terhadap AS

Perang Dagangan: Giliran Kanada bertindak terhadap AS

by M.Daim

OTTAWA, 2 Julai – Perselisihan antara Trump-Trudeau yang memuncak semenjak persidangan G-7 lalu kian melarat apabila berlakunya perang dagangan (trade war) antara Amerika Syarikat dan Kanada. Terkini, Kanada bertindak mengenakan tarif import terhadap barangan dari Amerika Syarikat.

Tindakan tersebut diambil sebagai tindak balas terhadap kerajaan Amerika Syarikat yang mengenakan tarif import terhadap barangan dari Kanada.

Tindakan Trump yang mengenakan tarif import terhadap besi dan aluminium telah menimbulkan kemarahan pemimpin dunia. Ini terutamanya kenyataan Presiden Amerika Syarikat yang menyifatkan besi dan aluminium import adalah ancaman kepada Amerika Syarikat. Natijahnya, Trump telah mengenakan tarif import terhadap kedua-dua bahan mentah tersebut.

Kanada merupakan rakan niaga kedua terbesar Amerika Syarikat selepas China.

Selain mengenakan tarif baharu, Donald Trump telah menekan Kanada dan Mexico untuk mengubah perjanjian Dagangan Bebas Amerika Utara (North American Free Trade Agreement – NAFTA) bagi membangkitkan industri automotif dan pelaburan di Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat dijangka akan menjalani pilihan raya pertengahan penggal pada November ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!