Home SemasaGlobal Iraq bina pagar halang Daesh

Iraq bina pagar halang Daesh

by Noor Sheila Amin

BAGHDAD, 2 Julai – Iraq mula membina pagar di sepanjang sempadannya dengan Syria untuk menghalang militan Daesh dari menyeberang masuk ke dalam negara itu, kata jurucakap pengawal sempadan semalam.

“Sepuluh hari lalu kami mula membina pagar keselamatan kawat duri bersama menara pengawasan di sepanjang sempadan dengan Syria,” kata seorang jurucakap di wilayah Anbar, Iraq, Anwar Hamid Nayef.

Penghadang sempadan itu termasuk parit selebar enam meter dan pemasangan kamera haba serta imbasan dron di sempadan bagi mengawasi militan yang cuba menyeberang dari Syria.

Ibu kota ini mengisytiharkan kejayaan menentang Daesh penghujung tahun lalu, namun kumpulan itu masih mengawal wilayah padang pasir di timur Syria dan mengekalkan keupayaan menyerang ke dalam Iraq.

Pagar baharu itu setakat ini dibina sepanjang 20 kilometer ke utara dari kawasan di sekitar bandar sempadan Al-Qaim, diambil alih tentera Iraq daripada Daesh November lalu.

Sempadan itu merentasi sepanjang kira-kira 600 kilometer.

Nayef berkata, pakar daripada Kementerian Pertahanan Iraq dan pakatan anti-Daesh diterajui Amerika Syarikat (AS) akan ‘menilai keberkesanan pagar itu.’

“Jika mereka meluluskan pemasangan itu, kami akan meneruskannya di seluruh sempadan dengan Syria,” katanya. -AFP

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!