Home Pertahanan dan Keselamatan Inovasi TLDM dapat pengiktirafan di RIMPAC 2018

Inovasi TLDM dapat pengiktirafan di RIMPAC 2018

by M.Daim

HAWAII, 2 Julai – Inovasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mendapat pengiktirafan di RIMPAC 2018 setelah dinobatkan juara dalam Pertandingan Inovasi RIMPAC 2018. Pertandingan ini berlangsun pada 28 Jun sehingga 1 Julai 2018 bertempat di Club Pearl, Joint Base Pearl harbor-Hickam, Hawaii.

Dalam pertandingan tersebut, TLDM melalui KD Lekiu telah mempersembahkan idea “Floating DC (Damage Control) Bag”.

Leftenan Madya Chan Jun Kwan mempersembahkan inovasi Damage Control Floating Bag semasa Pertandingan Inovasi RIMPAC 2018 di Hawaii. Inovasi tersebut telah dinobatkan sebagai juara oleh juri pertandingan tersebut.    Foto: US PACOM/ Cory Asato

Pemilihan TLDM sebagai juara oleh juri kerana idea mencegah kerosakan tersebut dianggap sebagai yang paling praktikal dan berimpak tinggi, dengan kos yang murah dan mudah untuk dihasilkan.

Sebanyak lapan pasukan daripada lima buah negara telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan Tentera Laut India dipilih sebagai naib juara manakala wakil Tentera Laut Republik Korea mendapat tempat ketiga.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!