Home SemasaGlobal Pengebom palsu: Dijejak melalui Instagram

Pengebom palsu: Dijejak melalui Instagram

by M.Daim

MANAMA, 1 Julai – Seorang remaja Bahrain telah ditahan oleh pihak berkuasa Bahrain setelah didapati menjadi dalang disebalik ancaman bom palsu. Remaja tersebut telah meletakkan bom palsu tersebut di A’ali, Bahrain dan mencetuskan situasi panik.

Menurut media Bahrain, remaja tersebut dikesan telah berhubung dengan seorang lelaki berwarganegara Bahrain yang bersembunyi di Iran. Lelaki tersebut merupakan antara individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Bahrain.

Melalui perbualan di Instagram, remaja tersebut telah menerima arahan untuk membuat IED palsu dengan menggunakan kerusi plastik dan beberapa botol air yang kosong.

Remaja tersebut mengaku perbuatan beliau atas arahan individu tersebut bagi mencetuskan situasi panik dan menganggu tugasan pasukan keselamatan Bahrain.
Mahkamah Tinggi Jenayah Bahrain telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap remaja terbabit.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!