BEIJING, 1 Julai – Pihak berkuasa China di wilayah Jiangsu telah menumpaskan 6 sindiket penjualan senjata apabila 65 orang saspek telah ditahan dalam satu operasi khas. Operasi tersebut dijalankan di kawasan timur China semalam.
Dalam operasi tersebut, 20 laras senjata api, lebih daripada 300 bahagian peralatan senjata api, dan 20,000 butir peluru.
Xinhua melaporkan seramai lebih 200 orang anggota polis dari 23 wilayah dan 58 bandar di China telah melancarkan operasi bersama semenjak Mac lalu.
Di China, undang-undang senjata api yang dikuatkuasakan melarang sebarang pembuatan, penjualan dan pembelian senjata api. Hukuman penjara selama tujuh tahun akan dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati melanggar undan-undang tersebut.