Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan PH diharap terus bantu memperkasa keperluan tentera di Sarawak – Panglima

Kerajaan PH diharap terus bantu memperkasa keperluan tentera di Sarawak – Panglima

by Nurulhuda

KOTA SAMARAHAN, 30 Jun – Keperluan keselamatan di Sarawak perlu diperhebatkan agar tidak terlalu bergantung kepada aset ketenteraan dari Semenanjung dalam menjalankan operasi setempat.

Panglima Satu Divisyen Mejar Jeneral Toh Choon Siang berkata, tugas pihaknya menjaga keselamatan sempadan negara sepanjang sekitar 2,000 kilometer amat mencabar.

Bercakap selepas Majlis Perbarisan Pembacaan Perintah Ulung Panglima Satu Divisyen Ke-26 di Kem Muara Tuang, Toh berkata beliau yakin kerajaan baharu Pakatan Harapan khususnya Menteri Pertahanan di bawah Mohamad Sabu membantu memperkasa keperluan tentera di negeri ini.

Toh berharap Sarawak terus mendapat peruntukan lebih bagi tujuan mempertingkat keselamatan ini.

Toh menyeru semua lapisan warga Satu Divisyen bangkit bersama-sama menjadikan ketumbukan tersebut utuh serta relevan dan didukung oleh anggota terbaik.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!